Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Alumni Reka Bentuk Perindustrian (KAREKA) | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Alumni Reka Bentuk Perindustrian (KAREKA)

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Alumni Reka Bentuk Perindustrian (KAREKA)

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Alumni Reka Bentuk Perindustrian (KAREKA)

Syarifah Afiqah Syed Ahmad

SRI SERDANG, 16 Julai 2025 - Jabatan Reka Bentuk Perindustrian telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Alumni Reka Bentuk Perindustrian (KAREKA) buat pertama kali. Program ini telah dijalankan secara hybrid; iaitu secara bersemuka di Bilik Inspireka, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM dan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting.

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi KAREKA terdahulu iaitu Ts. Dr. Rosalam Che Me dan ditutup secara rasmi oleh Ketua Jabatan Reka Bentuk Perindustrian iaitu Dr. Mohd. Faiz Yahaya serta disusuli oleh ucapan aluan oleh Pengerusi KAREKA yang baharu iaitu Encik Ahmad Qadri bin Basri.

Seramai lebih kurang 30 orang ahli KAREKA yang telah hadir menghadiri mesyuarat ini. Pelbagai perancangan aktiviti dan hala tuju KAREKA bagi sesi 2025-2026 telah dibincangkan dan dirangka dengan teliti bersama semua ahli.

Pihak Jabatan Reka Bentuk Perindustrian turut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada barisan Ahli Jawatankuasa KAREKA baharu bagi sesi 2025-2026 yang telah dilantik secara rasminya melalui proses pencalonan dan undian yang ditelah dibuat sewaktu mesyuarat ini.

 

 

 

Date of Input: 06/10/2025 | Updated: 06/10/2025 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (06:18:07am-06:23:07am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]