MAJLIS PERASMIAN IFAC MAKERSPACE DI FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » MAJLIS PERASMIAN IFAC MAKERSPACE DI FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

MAJLIS PERASMIAN IFAC MAKERSPACE DI FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

MAJLIS PERASMIAN IFAC MAKERSPACE DI FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

Madiha Hailani

 

Serdang, 29 Januari 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dengan perasmian IFac Makerspace di Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), sebuah ruang inovasi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan kreativiti, reka bentuk dan penyelidikan berimpak tinggi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan dihadiri oleh pengurusan FRSB serta wakil-wakil industri.

Penubuhan IFac Makerspace mencerminkan komitmen FRSB dalam memperkukuh budaya inovasi berteraskan reka bentuk kreatif dan teknologi, selari dengan Pelan Strategik Fakulti serta aspirasi True North UPM yang menekankan penyelidikan berimpak tinggi, pemerkasaan industri dan penerokaan teknologi mampan.

IFac Makerspace berfungsi sebagai platform strategik untuk mengintegrasikan reka bentuk kreatif dengan teknologi terkini, sekali gus menyokong pelaksanaan projek reka bentuk inovatif dan penyelidikan interdisiplin yang relevan dengan keperluan industri dan masyarakat.

Penubuhan kemudahan ini juga direalisasikan hasil sokongan padu pelbagai pihak, termasuk penaja dari dalam dan luar UPM, yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem inovasi universiti–industri.

Dengan penubuhan IFac Makerspace, UPM yakin lebih banyak penyelesaian pintar dan lestari dapat dibangunkan, seterusnya memperkukuh peranan universiti sebagai peneraju dalam bidang reka bentuk kreatif, teknologi dan inovasi negara.

YBhg. Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah turut berkesempatan untuk menurunkan tandatangan di atas penerbitan buku International SEED Showcase 2024 dan International SEED Showcase 2025.

International SEED Showcase merupakan sebuah pameran akademik antarabangsa yang mempamerkan projek tahun akhir pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian (Kepujian), Universiti Putra Malaysia, yang telah bermula sejak tahun 2015 dan dilaksanakan secara berterusan sehingga kini sebagai platform utama bagi menzahirkan kecemerlangan akademik, inovasi serta pemikiran reka bentuk pelajar.

 

       

 

       

Date of Input: 30/03/2026 | Updated: 30/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
S, (02:53:55am-02:58:55am, 09 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]