MAJLIS APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR SESI 2021/2022 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » MAJLIS APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR SESI 2021/2022

MAJLIS APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR SESI 2021/2022

Hasmah Bt Mat Isa

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar FRSB di Dewan Rekabentuk pada 5 Disember 2022 (Isnin) yang lepas. Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar yang disertai oleh Penaja, pensyarah, staf dan pelajar ini bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar FRSB yang cemerlang dalam bidang akademik, reka bentuk dan kepimpinan serta kepada pelajar-pelajar yang mendapat Anugerah Dekan pada semester sebelumnya.

Immanuel Gunaraj Alexander, pelajar Bacelor Sains Seni Bina Dengan Kepujian dan Nurul Aiman Izaini Binti Zulkipli pelajar Bacelor Seni Bina Landskap menjalankan tugas cemerlang sebagai pengacara majlis yang diadakan secara bersemuka ini.

Bagi Hadiah Fakulti, penerima diberikan hadiah mengikut kategori yang disumbangkan oleh penaja yang terdiri daripada Badan Profesional, Industri dan orang perseorangan serta sumbangan daripada warga pensyarah di Jabatan. Senarai penerima telah disahkan diperingkat Universiti dan nama mereka disenaraikan di dalam Buku Konvokesyen Universiti Putra Malaysia.

Senarai penerima Hadiah Fakulti bagi Sesi 2021/2022:

  1. Hadiah Al-Haddad Marketing/ Al-Haddad Marketing Award

Muhamad

Tan Rui Qi (Bacelor Seni Bina Landskap)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Jabatan Seni Bina Landskap/ Department of Landscape Architecture Award
    Thevehka A/P Gunasekar (Bacelor Seni Bina Landskap)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan 

  1. Hadiah AIM Concept/ AIM Concept
    Muhammad Muslim bin Zaifulbahri (Bacelor Sains Seni Bina)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan 

  1. Hadiah Seni Bina GDP Architects/ GDP Architectural Award

Muhammad Muslim bin Zaifulbahri (Bacelor Sains Seni Bina)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Seni Bina ATSA Architects/ ATSA Architectural Award

Amirah binti Ghazali (Bacelor Sains Seni Bina)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Seni Bina Z&SR Architectural Ventures/ Z&SR Architectural Ventures Award
    Aiman Farith bin Shapudin (Bacelor Sains Seni Bina)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan 

  1. Hadiah Seni Bina Putra/ Putra Architectural Award

Amal Nazirah Hayati binti Azmi (Bacelor Sains Seni Bina)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Kumpulan Pensyarah Reka Bentuk Perindustrian/ Industrial Design’s Lecturers Award

Low Man Ying (Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Dexploration Studio/ Dexploration Studio Award
    Celine Lim Tze Lin (Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Terbaik Keseluruhan Dexploration Studio/ Best Overall Dexploration Studio Award

Muhammad Muslim bin Zaifulbahri (Bacelor Sains Seni Bina)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Seni Bina Hajeedar/ Hajeedar Architectural Award
    Wong Yoong Sheng (Master Seni Bina)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah LAr. Dr. Noorizan Mohamed/ LAr. Dr. Noorizan Award

Nur Aishah Tania binti Muhammad Fuad Foo (Bacelor Seni Bina Landskap)

Hadiah Wang Tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Tuan Haji Sabudin Mohd Ali/ Tuan Haji Sabudin Mohd Ali Award

 Ahmad Faizal bin Azizi (Bacelor Sains Seni Bina)

 Hadiah Wang Tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan

  1. Hadiah Amishaq / Amishaq Award

 Muhammad Aleef Ruhaimey bin Samsuri

 Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

Dekan FRSB, Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada semua penerima hadiah dan merakamkan penghargaan kepada semua Penaja Hadiah Fakulti. Beliau mengharapkan kerjasama baik ini akan berterusan demi kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Kepada pelajar-pelajar lain, semoga kejayaan rakan-rakan ini boleh mencetuskan semangat dan motivasi agar lebih berjaya di masa akan datang.

 

Date of Input: 17/02/2023 | Updated: 17/02/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
WXFUEA6~