MAJLIS APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR (MAKP) FRSB TAHUN 2024 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE 127
» NEWS » MAJLIS APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR (MAKP) FRSB TAHUN 2024

MAJLIS APRESIASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR (MAKP) FRSB TAHUN 2024

                                                

 

SRI SERDANG, 29 November 2024 - Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar FRSB di Dewan Reka Bentuk, FRSB pada 29 November 2024 (Jumaat) yang lepas. Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar yang disertai oleh penaja, pensyarah, staf dan pelajar ini bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar FRSB yang cemerlang dalam bidang akademik, reka bentuk dan kepimpinan serta kepada pelajar-pelajar yang tersenarai dalam Anugerah Naib Canselor dan  Anugerah Dekan pada semester sebelumnya. Saudara Muhammad Ikmal bin Mohd Rani pelajar Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian dan Saudari Suhailah Qadirah binti Suriah pelajar Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian telah menjalankan tugas sebagai Pengacara Majlis yang diadakan secara bersemuka ini.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada barisan Exco Majlis Perwakilan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina Sesi 2023/2024. Seramai 42 orang pelajar telah menerima Sijil Kepujian Dekan bagi Semester Kedua 2023/2024 dan 39 orang bagi Semester Pertama 2023/2024. Di peringkat jabatan tiga kategori disenaraikan iaitu Anugerah Kecemerlangan Akademik, Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk dan Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan. Bagi Hadiah Fakulti, penerima akan diberikan hadiah mengikut kategori yang disumbangkan oleh penaja yang terdiri daripada badan profesional,iIndustri dan orang perseorangan serta sumbangan daripada para pensyarah di Jabatan. Senarai penerima telah disahkan di peringkat Universiti dan nama mereka disenaraikan di dalam Buku Konvokesyen Universiti Putra Malaysia.

Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, Dekan FRSB dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima anugerah dan penghargaan kepada semua penaja Hadiah Fakulti serta mengharapkan kerjasama baik ini akan berterusan demi kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.  Semoga MAKP2024 ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain juga untuk lebih berusaha dan mencapai kejayaan yang cemerlang sepanjang pengajian di kampus Universiti Putra Malaysia ini.

Sepertimana ucapan ringkas daripada Pelajar Terbaik kali ini, Saudari Aisyah binti Mohd Anuar yang berkata “..tiada jalan singkat untuk meraih kejayaan melainkan dengan usaha dan kerja keras yang berterusan barulah dapat mengecapi kejayaan”.

Tahniah dan Selamat Maju kepada semua.

                             Senarai penerima Hadiah Fakulti bagi Sesi 2023/2024:

1.Hadiah Terbaik Keseluruhan/ Best Overall Award

Aisyah binti Mohd Anuar (Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

2.Hadiah Al-Haddad Marketing/ Al-Haddad Marketing Award

Mazarina Zafirah binti Mazman (Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

3.Hadiah Jabatan Seni Bina Landskap/ Department of Landscape Architecture Award
Ikram Mustakim bin Mohd Yusof (Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

4.Hadiah AIM Concept/ AIM Concept Award
Low Mei Wen (Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

5.Hadiah Seni Bina GDP Architects/ GDP Architectural Award

Aisyah binti Mohd Anuar (Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

6.Hadiah Seni Bina ATSA Architects/ ATSA Architectural Award

Rafiuddin bin Rozi (Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan


7.Hadiah Seni Bina Z&SR Architectural Ventures/ Z&SR Architectural Ventures Award
Wong Leng Yong (Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

8.Hadiah Seni Bina Putra/ Putra Architectural Award

Adib bin Azman (Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

9.Hadiah Kumpulan Pensyarah Reka Bentuk Perindustrian/ Industrial Design’s Lecturers Award

Ng Yong Cheng (Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

10.Hadiah Amishaq / Amishaq Award

Eyadh Faris bin Eamishul (Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan


11.Hadiah Khairul Aidil Azlin bin Abdul Rahman/ Khairul Aidil Azlin bin Abdul Rahman Award

Aimuni Balqis binti Ruhaizan (Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

 

12.Hadiah Nur Ihsan/ Nur Ihsan Award

Sim Zhin Rou (Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM700.00 dan Sijil Penghargaan

 

13.Hadiah LAr. Dr. Noorizan Mohamed/ Dr. Noorizan Award

Hayati Mohamad Sani (Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan

 

14.Hadiah Tuan Haji Sabudin Mohd Ali/ Tuan Haji Sabudin Mohd Ali Award

Muhamad Aqil Nazmi bin Mohd Maulana (Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan

 

15.Hadiah Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM)/ Institut Landskap Arkitek Malaysia Award

Azalia Natrah binti Mohd Zaharim (Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian)

Hadiah Wang Tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan

          

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 06/01/2025 | Updated: 06/01/2025 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (05:23:18am-05:28:18am, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]