MACC2023: Program Mobiliti Antarabangsa Pensyarah Dan Pelajar FRSB Di Universitas Muhammadiah Makassar. | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » MACC2023: Program Mobiliti Antarabangsa Pensyarah dan Pelajar FRSB di Universitas Muhammadiah Makassar.

MACC2023: Program Mobiliti Antarabangsa Pensyarah dan Pelajar FRSB di Universitas Muhammadiah Makassar.

LAr. Mohd Nazri Saidon

Pada pertengahan April 2023, Jabatan Senibina Landskap (JSL) telah menerima jemputan dari Universitas Muhammadiah Makassar (Unismuh) untuk program “ International Students and Lecturers Mobility Program”. Setelah beberapa kali sesi perbincangan secara virtual , akhirnya seramai 2 pensyarah dan 21 pelajar dari Program Bacelor Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah selamat mendarat dan disambut di Lapangan Terbang , Sulawesi pada 18 Julai untuk mengikuti program MACCA2023 selamat 14 hari. Menariknya program ini turut disertai pelajar dari Ateneo de Davao University, Philippines.

Program “International Students and Lectures Mobility Program 2023” merupakan program yang dianjurkan oleh Universitas Muhammadiyah Makassar, Indonesia yang diadakan di kampus UMM Makassar, Kepulauan Sulawesi Indonesia. Kota Makassar, iaitu bandar yang terbesar di Kepulauan Sulawesi dan kelima terbesar di Indonesia. Program MACCA 2023 secara asasnya merupakan Program Warisan Akademik dan Budaya yang merangkumi aktiviti akademik dan lawatan ke tempat terpilih yang diatur oleh pihak Universitas Muhammadiyah Makassar (UMM).

Matlamat program ini adalah untuk membina dan menggalakkan pembangunan dari segi pemahaman sosial dan praktikal dalam konteks pembelajaran mengenai adat budaya dan tradisi negara Indonesia. Ini akan dapat meningkatkan kemahiran penting seperti komunikasi, bahasa dan berfikir. Manakala di peringkat mobiliti pensyarah Jabatan Senibina Landskap diwakili oleh Lar. Mohd Nazri Saidon dan Dr. Noor Fazamimah Ariffin. Aktiviti pensyarah menjurus kepada aktiviti promosi dan keterlihatan universiti, jemputan untuk menyampaikan kuliah tamu, perbincangan kolobarasi dan pertemuan  khas dengan Rektor UMM.

Sepanjang program ini semua peserta telah dibawa melihat dan mempelajari idea baharu ke beberapa tempat terpilih seperti lawatan ke kampus UMM, Benteng Somba Opu, Balla Lompoa Gowa, Taman Geopark, Fort Rotterdam Museum, Pantai Losari dan sebagainya.

Secara keseluruhan, program ini mencapai matlamat dari aspek penghayatan pembangunan dan budaya setempat yang berbeza dalam memberi pengalaman, penerokaan dan penghayatan baharu kepada pelajar. Program lawatan ini juga berjaya menjalinkan hubungan kerjasama dan jaringan akademik bersama universiti dari UMM sendiri dan Ateneo de Davao University .

 

 

Date of Input: 05/10/2023 | Updated: 05/10/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbNAZ~