LAWATAN DARI UNIVERSITY MUHAMMADIYAH MAKASSAR
Madiha Hailani
![]() |
![]() |
SRI SERDANG, 21 Julai 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan akademik daripada delegasi Universitas Muhhammadiyah Makassar dalam usaha memperkukuh kerjasama akademik serta meneroka potensi kolaborasi dalam bidang reka bentuk dan senibina antara dua institusi.
Delegasi seramai 34 orang pelajar dan 3 orang pensyarah dari Program Studi Perencanaan Wilayah dan Kota, Fakultas Teknik, Universitas Muhhammadiyah Makassar disambut mesra oleh Timbalan Dekan Akademik, Antarabangsa dan HEPA, Prof. Madya Dr. Zalina Shari serta beberapa ahli pengurusan dan pensyarah fakulti. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melaksanakan campus tour termasuk lawatan ke bengkel dan melihat contoh portofolio program sarjana dan juga untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program siswazah yang ditawarkan di fakulti.
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 09/10/2025 | Updated: 09/10/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my