LAWATAN DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD, KLANG
Madiha Hailani
![]() |
![]() |
SRI SERDANG, 16 Julai 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang, Selangor dalam satu lawatan akademik yang disertai oleh 40 orang pelajar dan empat orang guru pengiring.
Program dimulakan dengan taklimat dari Dr. Jamali Janib, Penolong Pendaftar dari Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Antarabangsa dan HEPA. Beliau berkongsikan maklumat berkenaan fakulti serta program yang ditawarkan oleh fakulti.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai bidang seni bina dan rekabentuk serta memperkenalkan suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Ia juga memberi inspirasi kepada para pelajar untuk merancang masa depan akademik mereka dalam bidang kreatif dan inovatif.
Selesai taklimat, para pelajar dan guru dibawa ke Galeri Serdang untuk melihat pameran SEED Showcase 2025 yang sedang berlangsung yang mempamerkan hasil kerja para pelajar tahun akhir Seramai 34 pelajar berjaya membangunkan prototaip tulen yang menawarkan solusi kreatif, praktikal dan lestari kepada isu keselamatan makanan negara.
Semoga lawatan ini memberikan cetusan inspirasi dan pemangkin semangat kepada para pelajar dalam mengejar cita-cita mereka menimba ilmu ke menara gading.
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 09/10/2025 | Updated: 09/10/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my