LATIHAN KEBAKARAN MENGUJI TAHAP KESEDIAAN WARGA FAKULTI | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » LATIHAN KEBAKARAN MENGUJI TAHAP KESEDIAAN WARGA FAKULTI

LATIHAN KEBAKARAN MENGUJI TAHAP KESEDIAAN WARGA FAKULTI

Ts. Asmadi Sarun

Pada 31 Oktober 2023 yang lepas, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah berjaya menganjurkan satu latihan kecemasan bagi pelan tindakan insiden, iaitu latihan kebakaran di kompleks studio dan bengkel fakulti. Program latihan yang mengambil masa selama 1 jam ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik di kalangan 96 orang warga fakulti yang terdiri daripada staf dan pelajar dari pelbagai jabatan.

Latihan yang bermula pada jam 9.58 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Unit Bantu Mula, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM. Satu unit ambulans dari Pusat Kesihatan Universiti turut digunakan dalam simulasi menyelamat mangsa yang tercedera semasa proses pengungsian bangunan. Objektif utama latihan dilaksanakan ialah untuk menguji tahap kesediaan Pasukan Tindakan Kecemasan Fakulti dalam menangani situasi sekiranya berlaku insiden kebakaran.

Mengulas selepas sesi latihan, Encik Hasmi Sulaiman iaitu Pegawai Pemantau dari Unit Bantu Mula berkata beliau berpuas hati terhadap perancangan dan pelaksanaan latihan yang memperlihatkan situasi sebenar sekiranya berlaku insiden kebakaran di bangunan fakulti.

 

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbTA3~