KURSUS SENI TANAMAN HIASAN DALAMAN (INDOOR PLANT)
Mohd Hasrul Hasan
SRI SERDANG, 24 Julai 2024 - Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menganjurkan satu kursus untuk staf dalaman Fakulti Rekabentuk dan Senibina berkaitan penjagaan pokok hiasan dalaman. Tujuan penganjuran adalah bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada staf tentang cara-cara penjagaan pokok hiasan dalaman dengan betul dan teratur.
Seramai 25 orang warga fakulti telah menyertai kursus ini. Penceramah untuk kursus ini adalah Dr. Aini Jasmin binti Ghazali, Pensyarah Jabatan Senibina Landskap yang merupakan pakar dalam bidang pokok hiasan dalaman. Kursus ini merangkumi dua sesi iaitu teori dan juga praktikal. Pada sesi pertama peserta telah diberikan penerangan berkaitan penjagaan pokok hiasan dan pada sesi kedua peserta telah diminta membuat praktikal untuk menukar pasu selepas diberikan penerangan oleh Encik Bunawan Samuri.
Semoga dengan adanya kursus seperti ini akan memberikan banyak manfaat dan pengalaman kepada staf FRSB dalam menjaga pokok hiasan dalaman di fakulti dan juga di rumah.


Date of Input: 23/10/2024 | Updated: 23/10/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my