KURSUS PENULISAN MINIT MESYUARAT | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » KURSUS PENULISAN MINIT MESYUARAT

KURSUS PENULISAN MINIT MESYUARAT

Sarah Salwah Adnan

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 7 April 2022 yang lalu dan dihadiri seramai 34 orang staf Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain di UPM secara bersemuka di Bilik Seminar FRSB, UPM. Kursus anjuran Pejabat Pentadbiran FRSB tersebut telah disampaikan oleh En. Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran/ Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Di dalam kursus tersebut, En. Abdullah Arshad atau lebih dikenali sebagai En. Dell telah menerangkan, secara umumnya isu atau kelemahan dalam penulisan minit mesyuarat adalah seperti butiran berikut: (1) Format Minit Mesyuarat; (2) Agenda Mesyuarat; (3) Keputusan Mesyuarat/Perbincangan; (4) Teknik Penulisan Minit; (5) Penguasaan Gaya Bahasa Minit Mesyuarat; (6) Penggunaan Ayat Minit Mesyuarat; (7) Ejaan dan kekemasan; (8) Senarai kehadiran; (9) Kelewatan Penyediaan Minit Mesyuarat; dan (10) Penggunaan Kata Ganti Nama. Secara khususnya, kelemahan di bahagian Keputusan Mesyuarat adalah (i) tidak menyatakan maklumat yang penting; (ii) terlalu panjang; (iii) terlalu ringkas dan tidak jelas; (iv) tidak mengikut kronologi; dan (v) tidak difahami atau keliru.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, MINIT adalah merupakan satu CATATAN berkaitan apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dalam mesyuarat, perundingan dan lain-lain). Dari aspek AMALAN dan FUNGSI: “Minit Mesyuarat ialah satu rekod atau kenyataan bertulis secara formal mengenai agenda dan tujuan sesuatu mesyuarat atau perbincangan, merekodkan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat atau perbincangan tersebut. Ia berfungsi sebagai bahan rujukan, tindakan susulan dan juga pelaporan untuk dibincangkan pada masa akan datang.”

Kepentingan Minit Mesyuarat adalah merangkumi perlindungan undang-undang atau peraturan dan lain-lain, merangsang dan menggerakkan tindakan kerja, pemantauan perkembangan dan kemajuan projek atau aktiviti, serta menjadi rujukan dan rekod peristiwa/sejarah.

 

                           
 

 

 

Date of Input: 02/08/2022 | Updated: 02/08/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDcXAM~