KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FRSB KE JABATAN LANDSKAP NEGARA | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FRSB KE JABATAN LANDSKAP NEGARA

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FRSB KE JABATAN LANDSKAP NEGARA

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FRSB KE JABATAN LANDSKAP NEGARA

13 Mac 2024, Putrajaya - Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah membuat satu Kunjungan Hormat kepada Tuan Mansor Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN). Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Prof. Madya Dr. Zalina Shari (Timbalan Dekan Akademik, Alumni dan Hal Ehwal Pelajar) bersama Penolong Pendaftar Kanan Pejabat TDAAH iaitu Dr. Jamali Janib, Prof. Madya Ts. Dr. Shahrizal Dolah CiDE (Timbalan Dekan JINM dan Pembangunan), Prof. Madya Dr. Shureen Faris Mohd Shukor (Ketua Jabatan Senibina Landskap) beserta ahli jabatan LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir dan Ts. Emran@Zahrin Mohamad Taram.

Tujuan sesi kunjungan hormat ini adalah bagi menyampaikan hasrat fakulti untuk mengadakan kerjasama bersama Jabatan Landskap Negara dari segi pembentukan program baru dan peluang penyelidikan yang bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif dalam menjayakan pelan pembangunan program akademik fakulti tahun 2024 yang telah dibincangkan baru-baru ini dalam Bengkel Penilaian Pelan Strategik Tahun 2023 (Q4) dan Perancangan Pelan Strategik dan Taktikal 2024 Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

 

 

Date of Input: 14/03/2024 | Updated: 14/03/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
WXFUDA2~