International Design And Architecture Postgraduate Colloquium (IDAPC) 2022 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » International Design and Architecture Postgraduate Colloquium (IDAPC) 2022

International Design and Architecture Postgraduate Colloquium (IDAPC) 2022

Puan Nursyida Mansor

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan HEPA), Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) , Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Universitas Gadjah Mada, Indonesia telah menganjurkan International Design and Architecture Postgraduate Colloquium (IDAPC) 2022 secara atas talian pada 1 dan 2 Ogos 2022 menggunakan aplikasi Cisco Webex. Penyelaras kolokium antarabangsa ini adalah Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof dari Jabatan Senibina Landskap FRSB, UPM. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan FRSB iaitu Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan.

Seramai 137 pelajar pascasiswazah daripada Universiti Putra Malaysia, Universitas Gadjah Mada dan Universiti Teknologi Mara telah menyertai kolokium antarabangsa ini secara parallel session. Kolokium antarabangsa ini turut melibatkan seramai 39 panel/pembahas luar yang terdiri daripada staf jabatan kerajaan dan beberapa universiti di dalam dan luar negara. Selain itu, seramai 23 moderator/panel dari FRSB turut terlibat bagi menjayakan program ini.

Di kemuncak program, sesi keynote speaker telah berlangsung dan penceramahnya adalah Prof. Ir. Tarcicius Yoyok Wahyu Subroto daripada Universitas Gadjah Mada yang memberikan ucaptama bertajuk Methodology in Qualitative Research. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Prof. Madya Dr. Zalina Shari, Timbalan Dekan Akademik dan HEPA, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM.

 

 

 

 

Date of Input: 08/09/2022 | Updated: 08/09/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXETGAZ~