FRSB UPM TERIMA KUNJUNGAN PENANDA ARAS DARIPADA FTKW UMK
Madiha Hailani
SRI SERDANG, 8 September 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam satu sesi lawatan penanda aras yang diadakan pada 8 September 2025 (Isnin), bermula jam 9.00 pagi.
Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan penanda aras berkaitan pengurusan program akademik di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah yang dilaksanakan di FRSB, UPM.
Delegasi FTKW UMK diketuai oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Raja Iskandar Raja Halid, bersama Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Jabatan, Penyelaras Program, serta staf pentadbiran dan sokongan.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan fakulti oleh Prof. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, Dekan FRSB, diikuti dengan sesi soal jawab, perbincangan dan perkongsian pengalaman antara kedua-dua fakulti.
Selain itu, delegasi FTKW UMK turut berpeluang melawat kemudahan dan fasiliti di FRSB termasuk studio rekabentuk, makmal, serta ruang pembelajaran pelajar.
Lawatan ini bukan sahaja menjadi platform bagi perkongsian amalan terbaik, malah diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan mutu pendidikan tinggi negara.


Date of Input: 19/11/2025 | Updated: 19/11/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my