Nur Nadiah Jasmi
SRI SERDANG, 9 November 2024 - Buat julung kalinya perlawanan bola sepak di bawah 10 tahun anjuran bersama antara Unit Putra Design Nucleus, FRSB dan Skuad Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor telah berlangsung di Padang Arena FRSB UPM. Program ini telah bemula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Seramai 80 orang peserta daripada lapan kelab pasukan bola sepak yang terdiri daripada Serdang Kickers Tigers, Kajang Zebra, Soccer Ace Gold, Serdang Kickers Lion, Soccer Ace BTHO, Rafa-X, Rafa-XY dan STFA telah bertanding.

Sesi bermula dengan pendaftaran kelab pasukan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Setiap kumpulan mempunyai empat pasukan yang akan bertanding untuk merebut gelaran juara. Pihak penganjur juga bertanggungjawab dalam menyediakan bantuan kecemasan seperti first aid kit dan ais jika berlaku kecederaan semasa perlawanan. Penyampaian hadiah untuk para pemenang telah berlangsung di Dewan Fakulti dan disampaikan oleh Tuan Muhammad Hanafi Jalalludin, Pengerusi Skuad Antidadah Negeri Selangor.
Perlawanan bola sepak ini juga berjalan seiring dengan program Festival Arena. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk menarik minat para pengunjung yang hadir antaranya Petting Zoo dan senaman Pound Fitness. Sebanyak 20 vendor makanan dan barangan berjualan sepanjang program berlangsung. Aktiviti Pound Fitness daripada coach The Twin Rockstarz juga mendapat sambutan hangat dengan mengumpulkan lebih kurang 20 orang peserta dan telah berlangsung di foyer fakulti bermula pukul 8 pagi sehingga 10 pagi.
Program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan kelab bola sepak, pelajar, orang awam dan juga warga fakulti. Justeru diharap penganjurannya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.




Date of Input: 06/01/2025 | Updated: 06/01/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my