FRSB LANCAR LAPAN PROGRAM BERSEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE- 30 PENUBUHAN FAKULTI | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » FRSB LANCAR LAPAN PROGRAM BERSEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE- 30 PENUBUHAN FAKULTI

FRSB LANCAR LAPAN PROGRAM BERSEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE- 30 PENUBUHAN FAKULTI

FRSB LANCAR LAPAN PROGRAM BERSEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE- 30 PENUBUHAN FAKULTI

Madiha Hailani

 

SRI SERDANG, 14 Januari 2026 - Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini secara rasminya melancarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 fakulti tersebut dalam satu majlis penuh bermakna yang menghimpunkan barisan pengurusan universiti, warga fakulti, alumni, rakan industri serta para pelajar.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Profesor Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin.

Sambutan ulang tahun ke-30 FRSB tahun ini membawa tema “Imbauan Masa Lalu, Raikan Masa Kini, Membentuk Masa Depan”, yang mencerminkan perjalanan fakulti yang utuh dan berterusan merentasi generasi.

Majlis pelancaran ini menandakan permulaan kepada enam bulan sambutan ulang tahun ke-30 FRSB, yang akan dipenuhi dengan lapan program istimewa berteraskan penghayatan sejarah, pengukuhan jaringan serta pemerkasaan kreativiti dan inovasi.

Setiap program dirancang bukan sahaja untuk menghargai pencapaian lalu, malah bertujuan menyuntik semangat dan inspirasi kepada generasi masa kini bagi meneruskan legasi kecemerlangan FRSB. Sambutan ini dijadualkan mencapai kemuncaknya pada 26 Jun 2026, selari dengan tarikh penubuhan fakulti.

 

 

 

 

             

 

 

   

 

Date of Input: 30/03/2026 | Updated: 30/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:21:59am-07:26:59am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]