FRSB Dan Permata UPM Bergabung Dalam Projek Komuniti Sekolah | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » FRSB dan Permata UPM bergabung dalam projek komuniti sekolah

FRSB dan Permata UPM bergabung dalam projek komuniti sekolah

Dr. Noranita Mansor
Madiha Hailani

Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menerima jemputan kerjasama dari Permata Putra Bakti UPM untuk sebuah projek komuniti merekabentuk dan menaiktaraf Pusat Sumber Sek. Keb. Jijan, Nilai,Negeri Sembilan.

Perbincangan awal telah dilakukan pada bulan November 2022 bersama pihak Permata, wakil FRSB (Dr. Noranita Mansor) dan para guru dari Sek.Keb Jijan untuk mendapatkan keperluan kegunaan ruang. Dr. Noranita telah merangka sebuah konsep rekabentuk yang bertemakan “Fun Industrial Style” atau Keceriaan dengan Gaya Perindustrian. Dengan erti kata lain, menerapkan penggunaan bahan natural tanpa kemasan dan melakukan sendiri (DIY) menggunakan bahan  kitar semula (recycle) dan kitar tinggi (upcycle).

Bersesuaian dengan konsep rekabentuk DIY ini, semua kerja-kerja rekabentuk dari segi pertukangan dan grafik telah dibantu oleh beberapa orang ahli FRSB yang bersesuai kepakaran. Mereka adalah En. Afiq, En. Mior dan En. Aiman yang membantu dalam penghasilan kerja kayu di bengkel kayu sepanjang hujung minggu dalam bulan Disember 2022. Manakala untuk keperluan grafik , Unit Koporat iaitu En. Arizy dan Pn. Uswah telah bejaya merealisasi konsep yang telah dipersetujui. Pn. Madiha pula membantu dari segi komunikasi dan penyelarasan kewangan bagi projek ini.

Pada tanggal 6 dan 7 Januari 2023, pasukan dari FRSB, Permata UPM dan PIBG Sek.Keb Jijan telah  bersama-sama turun padang untuk melakukan pemasangan bahan dan perabot untuk  kelengkapan rekabentuk pusat sumber Sek. Keb. Jijan. Kerja-kerja yang dilakukan termasuklah memperbaharui kaunter pertanyaan dan menaiktaraf rak buku, pemasangan bidai baru, pemasangan kertas dinding grafik  sebagai dinding tumpuan, membina dan menyiapkan replika buku gergasi serta merekabentuk rak kasut menggunakan PVC paip.

Hasil akhir rekabentuk ini amat memenuhi keperluan sekolah dan memberi suasana baru kepada para pelajar dan juga guru-guru. Semoga dengan projek menaiktaraf ini dapat menggalakkan lagi murid-murid Sek. Keb. Jijan untuk terus minat membaca dan mencintai ilmu sekaligus memperkenalkan FRSB kepada komuniti.

 

Date of Input: 21/02/2023 | Updated: 21/02/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbDAB~