Bengkel Semakan Kurikulum Dan Pengajaran Program Master Pengurusan Landskap Lestari | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » Bengkel Semakan Kurikulum Dan Pengajaran Program Master Pengurusan Landskap Lestari

Bengkel Semakan Kurikulum Dan Pengajaran Program Master Pengurusan Landskap Lestari

Azliana Zakaria

Ayer Keroh, 15 September 2023 – Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM telah berjaya menganjurkan Bengkel Semakan Kurikulum Dan Pengajaran Semester Pertama 2023/2024 bagi program Master Pengurusan Landskap Lestari (MSLM).

Objektif bengkel adalah bagi membincang dan menyemak aktiviti dan isu berkaitan pengajaran program MSLM, menambah baik kaedah dan perlaksanaan pengajaran agar selari dengan keperluan semasa dan kehendak industri. Bengkel yang diadakan di Ames Hotel, Melaka dari 15 – 17 September 2023 melibatkan 19 pegawai akademik, 3 pegawai sokongan dan turut dihadiri LAr. Haji Sabarudin Buang dan LAr. Wong Lye Yan; Ahli Jawatankuasa Pengajian Program Master Pengurusan Landskap Lestari.

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbRAY~