“BANGUN DARI SUNYI” | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » “BANGUN DARI SUNYI”

“BANGUN DARI SUNYI”

“BANGUN DARI SUNYI”

Gs. Dr. Junainah Abu Kasim. 16 Jan 2026. 12.12am

 

Ruang ini pernah diam. Ia wujud, tetapi tidak benar-benar hadir. Dindingnya menanggung usia, lantainya menyimpan jejak yang semakin dilupakan. Tiada siapa yang salah kadangkala sesuatu ruang hanya menunggu waktu untuk difahami, bukan dipandang sepi.

iFAC (Idea Factory) yang ditubuhkan jiwanya secara rasmi pada 1 Februari 2025 bukan sekadar sebuah impian, tetapi satu kebangkitan. Empunya Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia, ia lahir daripada kesedaran bahawa ruang cipta tidak wajar terus sunyi tetapi hidup. iFAC menjadi medan menyemai idea, inovasi, dan mengasah kemahiran teknologi pelajar agar yang terpendam kembali bernyawa, dan yang berpotensi diberi ruang untuk segar.

Malah, perjalanan ruang ini tidak bermula dengan pelan yang sempurna, tetapi dengan satu kepercayaan: bahawa ruang yang sunyi tidak semestinya mati. Ia hanya belum dipanggil untuk hidup. Justeru, proses menghidupkannya dilakukan perlahan-lahan tanpa gopoh, tanpa janji besar. Setiap perubahan dibuat dengan niat, setiap keputusan lahir daripada dialog dan pengamatan.

 

      

Di ruang yang suatu ketika dahulu sunyi dan berdebu, mereka datang bukan sekadar kosong jiwanya, tetapi harapan. iFAC yang pernah lesu, perlahan-lahan disentuh oleh tangan-tangan yang tidak kenal lelah, mengangkat, membetulkan, mengecat, menyusun. Setiap hentakan tukul dan titisan peluh menjadi bahasa sunyi tentang komitmen dan kebersamaan.

Mereka bekerja bukan kerana arahan semata-mata, tetapi kerana percaya bahawa ruang juga mempunyai jiwa. Dinding yang pudar diberi warna baharu, lantai yang kosong diisi makna, dan cahaya kembali menari di siling yang lama terdiam. Di situ, iFAC  mula bernafas kembali bukan sebagai ruang sepi bangunan, tetapi sebagai medan idea, kreativiti dan ekonomi kehidupan.

Usaha ini bukan kerja sehari, dan bukan sumbangan kecil. Ia adalah tanda kasih kepada institusi, manifestasi tanggungjawab kolektif, dan bukti bahawa semangat manusia mampu menghidupkan semula apa yang hampir dilupakan. iFAC  kini bernyawa kembali, bukan kerana struktur yang diperbaharui semata-mata, tetapi kerana jiwa-jiwa yang menghidupkannya

Hari ini, IFac menjadi tempat pertemuan idea dan manusia. Pelajar berbincang dengan damai, mendengar ilmu dengan tenang, dan komuniti hadir tanpa rasa terasing. Di ruang ini, pembelajaran tidak ditentukan oleh tumpuan dan arah pandang susun aturnya, tetapi oleh keberanian untuk mencuba, berkongsi dan gagal bersama di dalam ruang yang sedang bangun jiwanya.

                

 

 

 

                   

 

Dari Sunyi

 

-June-

 

 

Date of Input: 30/03/2026 | Updated: 30/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
F, (11:14:16am-11:19:16am, 16 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]