ARTSCAPE BERSAMA KOMUNITI | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » ARTSCAPE BERSAMA KOMUNITI

ARTSCAPE BERSAMA KOMUNITI

Dr. Noor Fazamimah Mohd Ariffin

Banjir dan pencemaran sungai di Malaysia adalah isu yang sinonim dan sangat rumit ketika ini. Sungai menjadi tampungan untuk pembuangan sampah dan juga air kotoran. Tahap kesedaran masyarakat sangat rendah terhadap kepentingan sungai dan lembangannya termasuklah di lembangan Sungai Ayer Hitam yang merentangi Kampung Dato Abu Bakar Baginda (KDABB), Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan ini.  Pada 26 Febuari 2022 (Sabtu), satu program kerjasama Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM (diketuai oleh Dr Noor Fazamimah Mohd Ariffin di bawah Kumpulan Penyelidikan WARIS bersama beberapa orang pelajar jurusan Senibina Landskap) bersama komuniti remaja kariah Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda (KDABB) dan juga pelajar UNITEN telah dilaksanakan. Program kerjasama ini adalah lanjutan daripada Cadangan Pelan Induk Pemuliharaan dan Pengindahan Denai Sungai Ayer Hitam, Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda. Cadangan ini adalah initiatif dari Majlis Pengurusan Komuniti kampung (MPKK) bersama Jawatankuasa Surau Al-Ridhwan (SAR) bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya kebersihan kampung seterusnya memulihara dan mengindahkan Denai Sungai Ayer Hitam secara mapan selaras dengan initiatif kerajaan dalam mengimplementasikan Sustainable Development Goal (SDG).

Objektif program Artscape bersama Komuniti ini adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada komuniti remaja tentang keindahan seni dan alam persekitaran.  Peranan pelajar membantu merapatkan hubungan universiti (UPM dan UNITEN) dan masyarakat dimana penglibatan secara langsung komuniti remaja dalam menghasilkan Taman Permainan Interaktif di Dataran Waqaf, Taman Tasik Baginda (sebahagian daripada lembangan Sungai Ayer Hitam) ini sangat penting untuk mewujudkan rasa kekitaan/sayang terhadap tempat yang mempunyai sentuhan dari tangan mereka sendiri. Sambutan yang sangat mengalakkan daripada remaja dan juga sokongan ibubapa jelas kelihatan dengan sumbangan makanan dan juga wang ringgit untuk menyediakan bahan-bahan aktiviti. Penglibatan ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim komuniti setempat sambil memenuhi waktu lapang cuti sekolah remaja KDABB.

 

 

Ucapan aluan dan bacaan doa dari Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (Ketua Kampung Kg. Dato’ Abu Bakar Baginda – Encik Ruzi Mat Jari)

 

Belajar membancuh warna

 

Sekitar aktiviti melukis dan mewarna Dataran Waqaf, Tasik Baginda

 

Sekitar aktiviti melukis dan mewarna Dataran Waqaf, Tasik Baginda

 

Hasil akhir Dataran Waqaf, Tasik Baginda

Date of Input: 11/05/2022 | Updated: 11/05/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEYTAK~