ARCAL 20 TAHUN | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » ARCAL 20 TAHUN

ARCAL 20 TAHUN

Ts. Raihan Maskuriy

Alumni Senibina UPM atau Archiputra Alumni (ARCAL), telah ditubuhkan pada tahun 2015 bagi mengeratkan hubungan alumni dengan Jabatan Senibina serta memberi ruang untuk alumni dan Jabatan Senibina untuk melakukan aktivitI bersama. ARCAL berperanan penting dalam mencetuskan kecemerlangan sesama warga alumni, pelajar serta warga Jabatan Senibina melalui jalinan kerjasama. Pada tahun 2023, ARCAL akan menyambut kedatangan alumni cohort ke-20 sebagai ahli terbaru ARCAL. Bersempena ini, ARCAL telah menganjurkan pameran untuk ahli ARCAL berkongsi hasil kerja dan kejayaan di bidang masing-masing untuk memberi inspirasi kepada warga alumni, jabatan, fakulti dan universiti.

PAMERAN ARCAL

Pada tanggal 13hb Julai 2023, Alumni Senibina UPM atau Archiputra Alumni (ARCAL), dengan kerjasama Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Alumni UPM (PAUPM), Alumni Landskap (KASEL), Alumni Senibina Industri (KAREKA) dan Persatuan Mahasiswa (DEARTSA) julungkalinya telah mengadakan pemeran alumni bertempat di Galeri Serdang Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Seramai 32 alumni dari kohort pertama sehingga kohort ke-20 mempamerkan hasil karya dan kerjaya terkini bertujuan untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada semua warga alumni, jabatan, fakulti dan universiti. Pameran ini dirasmikan oleh Profesor Madya Dr Zalina Shari, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) pada 21hb Julai 2023. Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ar. Elias Saleh, Profesor Adjung Ar. Zaini Mufti, CEO FRSB Ar. Azim Abd Aziz, mantan-mantan pensyarah Jabatan Senibina, Alumni Senibina (ARCAL), Alumni Landskap (KASEL), Alumni Senibina Industri (KAREKA), Alumni UPM (PAUPM), Pusat Perhubungan Alumni UPM (PPAUPM) dan Arkib UPM. Pameran ini dikategorikan mengikut tema-tema terpilih yang dipanggil sebagai Zon. Antara Zon yang diketengahkan di dalam pameran ini ialah Zon Alumni yang diwakili oleh PAUPM, Arkib UPM, KASEL, KAREKA dan DEARTSA, Zon Senibina,  Zon Pembinaan, Zon Digital, Zon Enterpreneurship dan Zon Hobi. Pameran yang berakhir pada 28hb Julai 2023 disambung secara digital bermula dari 1hb Ogos 2023 dan berlangsung selama setahun sehingga Julai 2024. Pengunjung pameran boleh kekal berhubung dengan pempamer melalui pautan QR yang disertakan di setiap ruangan pameran dan katalog pameran.

 

FORUM ALUMNI

Sambutan ARCAL 20 Tahun tidak berhenti pada pameran sahaja. ARCAL telah mengadakan Forum Alumni yang bertajuk Career & Contribution pada 21hb Julai 2023 pukul 3 petang di Dewan FRSB. Antara yang turut menyumbang input dan pengalaman ialah Encik Ashraf dari ARCAL yang berkongsi mengenai pengalaman beliau selama bekerja di industri Seni bina dan Puan Amanina juga dari ARCAL yang berkongsi mengenai pengalaman beliau di dunia enterpreneur. LAr. Carlos Nazri Ishak dari KASEL turut hadir menarik minat tetamu yang hadir dengan pengalaman beliau yang telah lama berkecimpung dengan dunia profesional di bidang Seni bina Landskap. Saudari Asyifa dari Persatuan Mahasiswa (DEARTSA) sebagai wakil pelajar menyampaikan hasrat pelajar tentang penglibatan alumni dengan pelajar dalam setiap sudut aktiviti. Besar pengharapan pelajar untuk mendapat ilmu hidup dari alumni. Forum yang dimoderasikan oleh Raihan Maskuriy yang juga dari ARCAL disimpulkan sebagai satu langkah ke arah mengisi kelompongan antara alumni dan pelajar di FRSB secara amnya dan di Jabatan Senibina secara khursusnya.

 

MAJLIS MAKAN MALAM ARCAL

Sambutan ARCAL 20 Tahun ditutup dengan Majlis Makan Malam RINDU TAK? REUNION berlangsung pada malam Jumaat, 21 Julai 2023, pada pukul 7 malam bertempat di The Glass Suite by BoraOmbak. Seramai hampir 100 ahli ARCAL, tenaga akademik dan bukan akademuk Jabatan Senibina hadir memeriahkan majlis makan malam ini. Acara kemuncak majlis ini adalah penyampaian anugerah bagi ‘ARCAL APPRECIATION AWARDS 2023’ iaitu penghargaan yang terulung ke atas semua penyumbang di atas kejayaan warga ARCAL sepanjang 20 tahun ini. Penerima hadiah ARCAL APPRECIATION AWARDS pada tahun 2023 ialah Ar. Meor Fared Meor Razali, Dr. Roslina Syarif dan En. Wan Mazlan Wan Hamat. Pemenang anugerah lain adalah Ar.  Lim Keeyen sebagai alumni paling berjaya (Senibina), Salam Cempreng sebagai alumni paling berjaya (bukan Senibina), Aufi dan Firdauz Ahmad sebagai alumni paling memberi imspirasi, alumni paling dirindui Ar. Ng Jack Lin, alumni hangat di pasaran Qayyum, alumni paling cantik Puan Amanina, dan pasangan alumni paling power Firdaus dan Shahrulzaini dari Darnlukis. Kohort ke-20 memenangi anugerah kohort paling supportive kerana menghantar wakil paling ramai untuk majlis makan malam ini. Acara makan malam ini terasa sangat singkat. Dengan berakhirnya majlis makan malam ini, maka berakhirlah majlis sambutan ARCAL 20 Tahun. Semoga akan ada banyak lagi aktiviti yang dapat menghubungkan ARCAL dengan jabatan Senibina, FRSB dan UPM di masa akan datang.

Date of Input: 04/10/2023 | Updated: 04/10/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbNAY~