ApaKeSS Master Chef 2.0 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » ApaKeSS Master Chef 2.0

ApaKeSS Master Chef 2.0

Oleh: Nurul Jannah Mat Saleh

Pihak KeSS FRSB telah menganjurkan program ApaKeSS Master Chef 2.0 pada 1 Mac 2023 bertempat di Lobi Utama FRSB.  Program ApaKeSS Master Chef 2.0 adalah merupakan pertandingan memasak kali kedua yang pernah dianjurkan oleh pihak KeSS FRSB dan pada kali ini pertandingan memasak ini adalah bertemakan “Santapan Warisan”.  Pertandingan ini adalah mengikut kumpulan rumah sukan yang telah ditetapkan sebelum ini.  Sebanyak empat (4) kategori hadiah yang telah disediakan oleh pihak KeSS iaitu kategori Johan, Naib Johan, tempat ketiga dan tempat keempat. 

Seramai 3 orang juri jemputan telah dijemput khas bagi mengadili pertandingan ApaKeSS Master Chef 2.0 ini iaitu Encik Abdul Rahim Utar, Pn. Ruhaizan Abd Rahman dan Pn. Siti Noriza Ab Samad.

Program ApaKeSS Master Chef 2.0 ini telah dimenangi oleh Kumpulan Lekir selaku Johan keseluruhan manakala kumpulan Kasturi sebagai Naib Johan diikuti oleh Kumpulan Lekiu di tempat ketiga dan Kumpulan Jebat di tempat keempat. 

Warga FRSB telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan padu bagi program ini melalui penyertaan dan penglibatan bagi menyiapkan juadah-juadah pertandingan. 

Tahniah di atas segala kerjasama dan penglibatan dari semua warga FRSB

 

Date of Input: 27/07/2023 | Updated: 27/07/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbSAn~