2ND INTERNATIONAL ARCHITECTURE POSTGRADUATE CONFERENCE (IAPC 2023) | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » 2ND INTERNATIONAL ARCHITECTURE POSTGRADUATE CONFERENCE (IAPC 2023)

2ND INTERNATIONAL ARCHITECTURE POSTGRADUATE CONFERENCE (IAPC 2023)

Zetty Fazleen Anuar

Fakulti Rekabentuk dan Senibina dengan kerjasama Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) telah berjaya menanjurkan 2nd International Architecture Postgraduate Conference (IAPC 2023) pada 2 dan 3 Ogos 2023. Ia adalah kali ke-2 penganjurannya selepas kejayaan kali pertama pada tahun 2022 bersama Pertubuhan Arkitek Malaysia. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid Mohd Yunos, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

Tema yang telah dipilih untuk tahun ini adalah "Reimagining the Built Environment: Exploring Innovative Approaches to Architecture and Urbanism." Persidangan ini telah menarik penyertaan seramai 78 peserta yang terdiri daripada 61 pembentang dari universiti tempatan, 2 pembentang dari universiti luar negara, dan 15 peserta pemerhati.

Persidangan ini memberikan platform yang berharga untuk para penyelidik dan pelajar senibina untuk berkongsi idea-idea inovatif mereka dalam mengubahsuai persekitaran binaan dan urbanisme. Dengan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara, terdapat peluang besar untuk pertukaran pengetahuan dan pemikiran yang mendalam untuk bidang Built Environment.

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbUAe~