Serdang, 9 September 2025 – Kelab Sukan & Sosial Frsb, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan aktiviti Hiking @ SISFEC UPM pada 9 September 2025 (Selasa), bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di SISFEC UPM.
Program ini dianjurkan bagi memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan warga fakulti serta mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan staf melalui aktiviti riadah santai.
Selain itu, penganjuran program ini turut menyokong aspirasi fakulti di bawah slogan “Pertanian Inovasi Kehidupan” serta selaras dengan moto universiti “Berilmu Berbakti”.
Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif kesejahteraan warga FRSB.
Updated:: 24/09/2025 [marini]
MEDIA SHARING