Fakulti Rekabentuk dan Senibina ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Ar. Azim Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif ATSA Architects Sdn Bhd dan Dato’ Abdul Harith Abdullah, Pengarah Urusan Special Esplanade Sdn Bhd di atas pelantikan sebagai CEO@FRSB bagi sesi 2021-2023.
Program CEO@PTJ 1.0 yang telah dilancarkan oleh Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia adalah merupakan program flagship Kementerian Pedidikan Tinggi (KPT) bagi membawa CEO tempatan dan antarabangsa dari pelbagai industri multinasional untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, bantuan teknikal dan pemindahan teknologi kepada universiti yang mana akan dimanfaatkan oleh para pensyarah dan pelajar.