Event Title
Program James Dyson Award Sharing Session
Date
24 Apr 2026 - 24 Apr 2026
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
Serdang, 24 April 2026 – Program James Dyson Award Sharing Session telah dilaksanakan dengan jayanya pada jam 3:00 petang hingga 4:00 petang bertempat di Dewan Reka Bentuk, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program anjuran Jabatan Reka Bentuk Perindustrian (JRP) ini menampilkan Taufik Kasim, Senior Design Engineer sebagai penceramah, yang telah menyampaikan perkongsian berkaitan James Dyson Award (JDA). Sesi tersebut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah penyertaan, ciri-ciri idea inovasi yang berpotensi tinggi, serta manfaat penyertaan di peringkat antarabangsa.
Program ini turut diserikan dengan sesi soal jawab yang interaktif, sekali gus memberikan peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Diharapkan program seumpama ini dapat memberi inspirasi kepada warga FRSB untuk terus menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
Updated:: 25/05/2026 [marini]
MEDIA SHARING