Event Title
Penilaian EKSA Peringkat Kedua FRSB
Date
31 Jul 2026 - 31 Jul 2026
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
Penilaian EKSA Peringkat Kedua FRSB
Serdang, 31 Julai 2026 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melaksanakan Sesi Penilaian Peringkat Kedua Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada hari ini.
Sesi penilaian yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang melibatkan lawatan ke sekitar fakulti serta ruang-ruang kerja terpilih bagi menilai pematuhan terhadap standard dan kriteria EKSA.
Penilaian telah dikendalikan oleh Encik Hanis Johari, Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Pertanian; Encik Wan Muhammad Isam Wan Ismail, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Audit Dalam; dan Cik Fatin Nur Liyana Esa, Penolong Pegawai Sains, Fakulti Pertanian. Panel penilai telah meneliti aspek pengurusan ruang kerja, dokumentasi, kebersihan, keselamatan, inovasi serta pembudayaan EKSA di FRSB.
Pelaksanaan penilaian ini mencerminkan komitmen FRSB dalam memperkukuh budaya kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti. Semoga segala cadangan penambahbaikan yang dikemukakan dapat terus meningkatkan kecemerlangan pelaksanaan EKSA serta penyampaian perkhidmatan di FRSB.
![]()
Updated:: 06/08/2026 [marini]
MEDIA SHARING