Event Title
MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN SOSIAL (KESS) FRSB KE-10
Date
28 Jan 2026 - 28 Jan 2026
Location
Galeri Serdang, FRSB, UPM
Event Summary
MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN SOSIAL (KESS) FRSB KE-10
Serdang, 28 Januari 2026 – Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Sosial (KESS) Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina (FRSB) ke-10 telah berjaya dilaksanakan pada Rabu, 28 Januari 2026, bertempat di Galeri Serdang, FRSB bermula jam 10.00 pagi.
Mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan tahunan serta membincangkan perancangan dan hala tuju KESS FRSB bagi sesi seterusnya. Selain itu, sesi pengundian ahli KESS BR telah dijalankan secara teratur dan telus bagi pemilihan barisan kepimpinan kelab.
Majlis turut diserikan dengan pengumuman rumah sukan yang muncul sebagai juara keseluruhan bagi aktiviti sukan anjuran KESS FRSB. Pengumuman tersebut mencerminkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan ahli fakulti.
Sebagai penutup, satu sesi cabutan bertuah telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli yang hadir dan memberikan sokongan berterusan terhadap aktiviti kelab. Secara keseluruhan, Mesyuarat Agung KESS FRSB ke-10 telah mencapai objektif penganjurannya dengan jayanya.
![]()
Updated:: 03/02/2026 [marini]
MEDIA SHARING