Event Title
LAWATAN AKADEMIK KE FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM
Date
13 May 2026 - 13 May 2026
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
LAWATAN AKADEMIK KE FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM
Serdang, 13 Mei 2026 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan lawatan akademik daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta, Perak melibatkan 27 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring Panitia Landskap dan Nurseri.
Program yang bermula pada jam 9.30 pagi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang rekabentuk landskap serta suasana pembelajaran di peringkat universiti. Lawatan dimulakan dengan taklimat fakulti yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abdul Shukor, diikuti taklimat jabatan yang diketuai oleh LAr. Mohd Nazri Saidon, yang memberi penerangan lebih khusus berkaitan bidang landskap dan nurseri.
Program turut diserikan dengan aktiviti praktikal cara penanaman pokok di taman nurseri yang dikendalikan oleh En. Bunawan Hj Samuri.
Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
![]()
Updated:: 25/05/2026 [marini]
MEDIA SHARING