Event Title
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti QMS ISO9001:2015
Date
09 Apr 2026 - 24 Apr 2026
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
ERINGATAN MESRA
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti QMS ISO9001:2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Warga FRSB,
Merujuk kepada hebahan email bertarikh 9 April 2026 dan 24 April 2026, Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti QMS ISO9001:2015 akan diadakan pada 5 dan 6 Mei 2026 (Selasa dan Rabu depan)
Untuk makluman semua, fail, rekod dan dokumen yang perlu dikemaskini adalah bermula daripada tarikh 25 September 2025 sehingga yang terkini, iaitu tarikh selepas Audit Pemantauan Semakan I oleh SIRIM.
Tarikh semakan kendiri telah dimaklumkan untuk dilaksanakan bermula dari 15 April 2026 (Rabu) sehingga 27 April 2026 (Isnin). Jika ada yang masih belum berkesempatan membuat semakan, tuan/puan masih ada ruang dan masa menyelesaikannya sebelum audit minggu depan.
Mohon rujuk pautan http://reg.upm.edu.my/eISO/index.php untuk melihat kemas kini terbaharu melibatkan proses/dokumen di bawah kelolaan/penyelenggaraan masing-masing.
Mohon kerjasama dari semua untuk memastikan kelancaran perjalanan audit minggu depan.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Urusetia Audit Dalaman FRSB
![]()
Updated:: 25/05/2026 [marini]
MEDIA SHARING