Mohd Kamil Ismail
2 Mac 2023, UPM - Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan dan Invosi telah berjaya menganjurkan sekaligus dua program “Special Dialogue; Dialogue on Effective Supervisory for PhD Inquiry and Leading to Publications” dan “Logical Rhetoric and Logical Sequence in Writing Chapters of PhD Thesis and Publications”. Kedua-dua program tersebut telah menarik minat penyertaan seramai 30 orang pensyarah dan pelajar siswazah dari pelbagai latar belakang bidang dan pengajian.
Pejabat TDPI telah menjemput Prof. LAr Dr. Ahmad Ismail yang merupakan Profesor Amal Bakti di UTM, Johor sebagai Speaker untuk kedua- dua program kali ini. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan berimpak tinggi di kalangan pensyarah beserta membantu pelajar -pelajar siswazah agar berjaya Graduate on Time (GOT) selaras dengan matlamat Universiti Putra Malaysia.
Date of Input: 27/07/2023 | Updated: 27/07/2023 | uswahhasanah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my