SESI JERAYAWARA TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTRABANGSA) DENGAN STAF FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » SESI JERAYAWARA TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTRABANGSA) DENGAN STAF FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM

SESI JERAYAWARA TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTRABANGSA) DENGAN STAF FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM

Sarah Salwah Adnan

Sesi Jerayawara bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (TNCAA) UPM, YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail telah diadakan pada hari Selasa, 12 September 2023 bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM. Ianya telah dihadiri oleh semua Ahli Pengurusan FRSB, semua Pegawai Akademik serta Pegawai Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) FRSB. 

Sesi Jerayawara ini turut dihadiri oleh semua Ketua Entiti di bawah pentadbiran Pejabat TNCAA iaitu En. Mohd Nazri Md. Yasin (Ketua Pentadbiran, Pejabat TNCAA), Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani (Pengarah, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)), Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff (Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)), Puan Ida Suhaila Md Tahir (Wakil Pengarah, PUTRA International Centre (i-Putra)), Encik Noor Farrid Noordin (wakil Pengarah Pusat Pemajuan dan Kompetensi Bahasa (CALC)) dan Prof Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh (Wakil Pengarah ASPUTRA), serta Encik Mohamad Amirul Mohd Adnan (Pegawai Khas TNCAA).        

Sesi Jerayawara ini adalah sesi perkongsian TNCAA bersama semua Pegawai Pengurusan dan Professional dan Pegawai Akademik Fakulti bagi membantu meningkatkan pembangunan akademik, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta inisiatif pengantarabangsaan universiti.

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbSAi~