Pelancaran Kolaborasi Di Antara FRSB Dengan Pertubuhan Reka Bentuk Bandar Malaysia (PEREKABANDAR) | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » Pelancaran Kolaborasi di antara FRSB dengan Pertubuhan Reka Bentuk Bandar Malaysia (PEREKABANDAR)

Pelancaran Kolaborasi di antara FRSB dengan Pertubuhan Reka Bentuk Bandar Malaysia (PEREKABANDAR)

Azliana Zakaria

Serdang, 19 Oktober 2023 – Majlis pelancaran persetujuan kolaborasi secara rasmi, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM bersama Pertubuhan Reka Bentuk Bandar Malaysia (PEREKABANDAR), telah diadakan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM hari ini.

Upacara disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Zalina Shari - Timbalan Dekan, Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, FRSB. Sesi pelancaran tersebut telah diwakili oleh YBrs. Profesor Adjung Dr. Shuhana Shamsuddin, Presiden PEREKABANDAR.  Kolaborasi ini adalah untuk menjalin kerjasama dan perkongsian kepakaran dan pengalaman berkaitan pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat  melalui agenda dan program reka bentuk bandar, khususnya isu berkaitan bandar dan kehidupan komuniti bandar di Malaysia.

Setelah majlis selesai, program diteruskan dengan syarahan terbuka oleh Presiden PEREKABANDAR yang bertajuk ‘Break the Silos: Challenges in Embrancing Urban Design in Creating Sustainable and Liveable Cities in Malaysia’ di Dewan Reka Bentuk, FRSB UPM.

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbQAD~