Masterclass On Sustainable Building Materials: Kolaborasi Industri YTL Cement Berhad Bersama Pelajar Tahun Dua Program Senibina | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » Masterclass on Sustainable Building Materials: Kolaborasi Industri YTL Cement Berhad bersama Pelajar Tahun Dua Program Senibina

Masterclass on Sustainable Building Materials: Kolaborasi Industri YTL Cement Berhad bersama Pelajar Tahun Dua Program Senibina

Dr. Noranita Mansor

Pada 31hb Mei, satu kolaborasi antara YTL Cement Berhad, YTL Cement Group dengan Jabatan Senibina (secara khusus untuk kerja kursus ARC 4620) telah berjaya diadakan di Studio 2 Senibina. YTL telah menganjurkan satu inisiatif untuk memperkenalkan asas simen dan konkrit kepada pelajar. Aktiviti ini dinamakan Masterclass on Sustainable Building Materials, di mana para pelajar senibina diberi peluang untuk melakukan experimen menggunakan simen kraf dari YTL. Program ini telah berlangsung selama 2 minggu.

Program ini memberikan pendedahan kepada 25 orang pelajar yang mneyertai program ini tentang kepentingan bahan lestari dalam sektor pembinaan.  Pihak YTL telah membuat satu sidang perkongsian ilmu bersama para pelajar sebelum aktiviti Masterclass on Sustainable Building Materials bermula. YTL turut berkongsi serta menunjukkan cara QuickMix DIY's simen kraf kepada para pelajar senibina. Di dalam bengkel ini para pelajar diberi cabaran untuk merekabentuk secara kreatif dan inovatif bekas untuk meletak pokok perhiasan secara tergantung di perkarangan Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

Pada minggu pertama, para pelajar telah menjalani pembuatan simen kraf untuk bekas pokok perhiasan secara berkumpulan. Proses pembuatan berlangsung selama 4 jam. Seterusnya para pelajar perlu menunggu 2 hari untuk simen kraf itu terbentuk dengan keras. Selepas pembentukkan simen kraf teguh, para pelajar mula melaksanakan kerja kemasan akhir dan membuat satu ujian ketahanan untuk menampung berat. Setelah berjaya menjalani ujian ketahanan menampung berat, pada minggu ke 2, para pelajar mula membuat strategi untuk inovatif pemasangan serta merangka susunatur yang kreatif untuk persembahan akhir simen kraf ini.

Persembahan akhir untuk aktiviti Masterclass on Sustainable Building Materials ini telah diadakan pada 14 Jun 2023.  Terdapat 4 kumpulan yang berjaya mempamerkan hasil innovatif rekabentuk mereka. Penilaian hasil akhir ini telah dinilai oleh penilai dari YTL sendiri berserta dua orang penilai jemputan dari Jabatan Senibina dan Jabatan Landskap. Secara keseluruhan, projek ini berjaya menghubungkan jaringan industri dengan para pelajar khususnya jaringan kepada Jabatan Senibina serta telah berjaya  membuka peluang kepada para pelajar senibina untuk mengenali potensi kepelbagaian kegunaan simen

 

Date of Input: 21/08/2023 | Updated: 21/08/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbSAz~