Majlis Pelancaran SMArt Botanic Edu-Care-Plants And People Anjuran Taman Botani, Perbadanan Putrajaya Dengan Kerjasama Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk Dan Senibina. | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » Majlis Pelancaran SMArt Botanic Edu-Care-Plants and People Anjuran Taman Botani, Perbadanan Putrajaya dengan Kerjasama Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

Majlis Pelancaran SMArt Botanic Edu-Care-Plants and People Anjuran Taman Botani, Perbadanan Putrajaya dengan Kerjasama Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

Oleh: Prof Madya Dr. Shureen Faris Abd. Shukor

Pada 12 Oktober 2023, bertempat di Pusat Pelawat Taman Botani, Putrajaya telah berjalan Majlis Pelancaran SMArt Botanic Edu-Care-Plants and People. Acara ini telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia LAr. Haslinda binti Khalid, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Taman, Jabatan Landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya. Pihak FRSB telah diwakili oleh Tuan Dekan iaitu Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan, bersama para ahli pengurusan serta pensyarah FRSB.

Majlis ini juga yang dinamakan Open Day Program SMArT BOTANIC Edu-CARE – Plants and People juga telah dihadiri oleh para pelajar Bacelor Senibina Landskap dari Tahun 1, 2 dan 3. Aktiviti yang diadakan untuk acara tersebut adalah seperti melihat Laman Etnobotanik, lawatan ke Laman dapur dan Taman kelulut serta ke pusat herbarium untuk mempelajari bagaimana herbarium dihasilkan.

Open Day ini juga telah dimeriahkan dengan syarahan oleh LAr. Dr. Osman Tahir yang bertajuk Plant & People’s Interaction dan oleh En. Emran Zahrin (Trees’ Mechanics and the Root System) di ruang pameran pusat pelawat.

SMArt Botanic Edu-Care-Plants and People yang berlangsung mulai 1 Oktober 2023 sehingga 31 Oktober 2023 ini mempamerkan hasil kerja para pelajar Bacelor Senibina Landskap dan juga para pelajar Master Senibina Landskap. Maklumat mengenai program-program Master Secara Kerja Kursus di bawah Jabatan Senibina Landskap juga dikongsi semasa pameran ini berjalan. Pameran ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Taman Botani dan juga untuk ketengahkan peranan senibina landskap serta reka bentuk bersifat semulajadi kepada para pelawat luar dan juga kepada agensi luar.

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbPAX~