LAWATAN STAF JABATAN SENIBINA LANDSKAP, FRSB KE UTARA (IPOH DAN PULAU PINANG) | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » LAWATAN STAF JABATAN SENIBINA LANDSKAP, FRSB KE UTARA (IPOH DAN PULAU PINANG)

LAWATAN STAF JABATAN SENIBINA LANDSKAP, FRSB KE UTARA (IPOH DAN PULAU PINANG)

Mohd Hasrul Hasan & Muhammad Azlan Abdullah

Georgetown, 10 Disember 2023 –  Jabatan Senibina Landskap, FRSB UPM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke utara pada 8-10 Disember 2023. Peserta yang terlibat adalah dikalangan staf pelaksana dan sokongan Jabatan Senibina Landskap dan staf Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, UPM. Antara tempat yang telah di lawati adalah Joe Jalil Galeria di Gopeng, Perak bagi melihat sistem hidropink dan fertigasi didalam tanaman sayur dan pembungaan. 

Di Pulau Pinang, kami telah membuat dua lawatan kerja yang berbeza fungsi. Tempat pertama yang kami lawati adalah Square Root Urban Farming Sdn. Bhd. yang menjalankan semua aktiviti fertigasi dan hidroponik di dalam bangunan dengan kawalan secara automatik. Aktiviti yang dijalankan ini merupakan salah satu teknologi yang terkini dalam bidang pertanian bandaran. Tempat kedua yang kami lawati di Pulau Pinang adalah Kebun Komuniti Palm & Nipah Court Apartment. Kebun komuniti ini terletak di Tingkat 1 apartmen yang menjalankan aktiviti menanam sayuran untuk kegunaan sendiri dan juga dijual kepada kawasan sekitar. 

Semoga dengan lawatan ini, dapat membuka minda dan membantu staf dalam meningkatkan kualiti kerja di masa-masa mendatang.

 

 

Date of Input: 13/03/2024 | Updated: 13/03/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbTAc~