LAWATAN PUSAT KOREKSIONAL JASIN KE FRSB UNTUK KOLABORASI ‘GREEN PRISON’ YANG PERTAMA DI MALAYSIA. | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » LAWATAN PUSAT KOREKSIONAL JASIN KE FRSB UNTUK KOLABORASI ‘GREEN PRISON’ YANG PERTAMA DI MALAYSIA.

LAWATAN PUSAT KOREKSIONAL JASIN KE FRSB UNTUK KOLABORASI ‘GREEN PRISON’ YANG PERTAMA DI MALAYSIA.

Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abd. Shukor

Satu kunjungan dari Pusat Koreksional Jasin di bawah Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 4 April 2023 yang lalu. Lawatan ini telah diketuai oleh PKP Mohd Idlan Jamil iaitu Pengrah Pusat Koreksional Jasin. Tujuan lawatan ini adalah bertujuan berbincang mengenai program libat sama pusat tersebut bersama fakulti dalam penghasilan reka bentuk ‘green prison’.  Pusat Koreksional Jasin bercadang mendapatkan khidmat nasihat mengenai reka bentuk penjara yang lebih berciri terapi serta berkonsepkan ‘rehabilatation through nature”. Perbincangan ini juga disertai oleh wakil dari Jabatan Landskap Negara yang telah memberikan input mengenai pemilihan spesis tanaman.

Tuan Dekan FRSB telah menerima kunjungan mereka bersama dengan wakil dari Jabatan Senibina Landskap, Prof Madya Dr. Shureen Faris. Dr. Shureen akan bekerjasama dengan Pusat Koreksional Jasin dalam memberi input untuk penghasilan reka bentuk persekitaran penjara yang mampu menyokong kesihatan mental serta fizikal para penghuni serta staf.

 

 

Photo 1- Perbincangan besama Tuan Dekan serta wakil dari Pusat Koreksional Jasin serta Jabatan Landskap Negara

 

Photo 2- Gambar kumpulan wakil dari FRSB, Pusat Koreksional Jasin serta Jabatan Landskap Negara

 

Photo 3- Cenderamata dari Pusat Koreksional Jasin yang merupakan hasil tanaman yang diusahakan oleh para penghuni penjara.

Date of Input: 10/08/2023 | Updated: 10/08/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbUA7~