Nurul Jannah Mat Saleh
25 – 26 Julai 2023, UPM – Jabatan Senibina, FRSB telah selesai menerima kunjungan Lawatan Penyambungan Akreditasi dari Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina (MAPS) Malaysia dibawah Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) bagi Program Bacelor Sains Seni Bina Dengan Kepujian (LAM Bahagian 1) dan Master Seni Bina (LAM Bahagian 2) bertempat di Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lawatan Penyambungan Akreditasi ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina dan juga pelajar-pelajar Bacelor dan Master Seni Bina. Seramai lima (5) orang panel dari pihak MAPS yang telah dilantik bagi menyempurnakan lawatan akreditasi ini iaitu YBhg. Prof. Ar. Dr. Abdul Razak Sapian selaku Ketua Panel, Ar. Erdayu Os’hara Omar, Ar. Ahmad Nizam Ahmad Radzi, Dr. Mohd Khairul Azhar Mat Sulaiman, Ar. Mohamed Fariz Hilmi dan En. Syahirul Akmar Suhaimi selaku Sekretariat dari pihak Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my