KERJASAMA ANTARA FRSB DAN JABATAN WARISAN NEGARA : SEBUAH USAHA UNTUK PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » KERJASAMA ANTARA FRSB DAN JABATAN WARISAN NEGARA : SEBUAH USAHA UNTUK PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA

KERJASAMA ANTARA FRSB DAN JABATAN WARISAN NEGARA : SEBUAH USAHA UNTUK PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA

Madiha Hailani

 

Usahasama antara FRSB dan Jabaran Warisan Negara (JWN) telah bermula sejak tahun 2022. Antara program serta aktviti yang telah dilaksanakan adalah pelantikan sebagai Panel Penceramah bagi sesi seminar secara dalam talian bertujuan untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan seni bina dan landskap di Malaysia.

Selain daripada itu,  FRSB turut dijemput sebagai Pakar Rujuk di dalam Bengkel Garis Panduan Penyelidikan dan Kaedah Pencalonan Warisan Seni Bina dan Landskap Melalui Penetapan di Bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 telah diadakan pada 9-12 Ogos 2022 di Taiping, Perak.

Bagi mengukuhkan jalinan kerjasama yang telah dibina , sebuah majlis menandatanganI Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 16 Mac 2023 di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Majlis itu turut menyaksikan 11 Universiti Awam (UA) yang lain turut sama dalam menandatangani perjanjian bersama JWN.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman hadir untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mewakili UPM bersama Dekan FRSB, Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi bin Maulan.

Majlis MoU ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri MOTAC,  Khairul Firdaus Akbar Khan. Turut serta adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Mohammad Yusof Apdal.

Jalinan kerjasama strategik dan persefahaman ini akan berkolaborasi bagi tujuan mengembangkan lagi kepakaran, peluang dan usahasama dalam pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya, khususnya bagi program staf dan pelajar, penyelidikan bersama dan mobiliti pelajar  pra-siswazah.

 

Date of Input: 27/07/2023 | Updated: 27/07/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbNA1~