KEMPEN MENANAM 1 JUTA POKOK DI SEKOLAH MENENGAH SRI PETALING KUALA LUMPUR | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » KEMPEN MENANAM 1 JUTA POKOK DI SEKOLAH MENENGAH SRI PETALING KUALA LUMPUR

KEMPEN MENANAM 1 JUTA POKOK DI SEKOLAH MENENGAH SRI PETALING KUALA LUMPUR

Mohd Hasrul b. Hasan

25 OGOS  2023, UPM – Majlis Pelancaran Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok telah dilaksanakan sempena Bulan Koperasi Kebangsaan dan sambutan 100 tahun Koperasi. Pihak Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling mengambil inisiatif menganjurkan program tanam pokok bagi menyokong agenda Penghijauan Malaysia tersebut. Pihak Jabatan Senibina Landskap, FRSB, UPM telah di jemput bekerjasama dengan memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam perancangan serta perlaksanaan program tersebut bagi memastikan ianya berjalan lancar. Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Angkasa Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Puan Hajah Sharifah Aminah bt Syed Mohssin turut mendapat Kerjasama pihak Koperasi Sekolah terbabit serta Vearich International Sdn Bhd.  Pihak Jabatan Senibina Landskap diketuai oleh LAr Mohd Nazri Saidon merangkap pemangku Ketua Jabatan Senibina Landskap, di bantu oleh LAr Ts Dr Adam Aruldewan, En Mohd  Hasrul, En Bunawan dan En Azlan Abdullah.

 

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 21/12/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbSAg~