INTERNATIONAL SEED SHOWCASE 2023 MEMAPARKAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR JABATAN REKABENTUK PERINDUSTRIAN, FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » INTERNATIONAL SEED SHOWCASE 2023 MEMAPARKAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR JABATAN REKABENTUK PERINDUSTRIAN, FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM

INTERNATIONAL SEED SHOWCASE 2023 MEMAPARKAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR JABATAN REKABENTUK PERINDUSTRIAN, FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, UPM

Oleh Dr. Sazrinee Zainal Abidin

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia menganjurkan "International SEED Showcase 2023" bertempat di Galeri Serdang. Pameran ini terbuka kepada orang ramai dari 4 Julai hingga 6 Julai 2023, dan disokong melalui platfom  WIDD2023 Satellite Events oleh PEREKA MALAYSIA.

Pameran Bacelor Reka Bentuk (Rekabentuk Perindustrian) melalui hasil kajian yang terperinci , telah berjaya menghasilkan prototaip yang tulen dan bermanfaat. Bertemakan ‘Enhancing Curtomization Through Circular Design’, melibatkan  39 Projek pelajar Tahun Akhir (FYP) hasil kerjasama kolaborasi universiti dan 17 syarikat industri dibawah UPM-INNOHUB PUTRA SCIENCE PARK. Syarikat yang terlibat terdiri daripada kepelbagaian bidang termasuk pertanian, Bioteknologi, Teknologi Makanan,ICT,Kejuruteraan, S&T, Sains Sosial dan lain-lain.

"Tujuan pameran ini adalah untuk mempromosikan hasil reka bentuk produk inovasi dan kreativiti pelajar sekaligus memberikan pereka muda ini platfom untuk di perkenalkan kepada organisasi awam dan swasta, serta memperlihatkan peranan bidang Reka Bentuk Perindustrian kepada industri serta pihak awam.

Pameran ini juga turut menampilkan tiga universiti antarabangsa yang terdiri daripada  Universiti Suan Sunandha Rajabhat (SSRU), Thailand, Universiti Telkom,Indonesia dan Universiti Tatung, New Taipei, Taiwan sebagai sebahagian daripada pempamer.

Pameran International SEED SHOWCASE 2023 yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah memberi pengisian yang menyokong visi , misi dan Matlamat Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Antara program yang telah dikendalikan adalah Grand Opening and Official Launching Ceremony, Special talk on "Design in The Age of Technology", by a Professor from Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST), SEED Showcase Forum “Circular Design-Where Are We Now and How Do We Begin”, Sharing Session with Alumni on “Beyond Industrial Design”.

Melalui salah satu pengisian program `Seminar Design Talk’ yang membincangkan mengenai 'Design In the Age of Technology' bersama pensyarah  Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST), Professor Taek Jin Nam. Beliau berkongsi mengenai perspektif baharu mengenai reka bentuk dengan penyepaduan reka bentuk interaktif ke dalam karya reka bentuk arus perdana. Sebagai pereka bentuk industri, beliau menjelaskan bahawa kita harus megamalkan untuk masa depan industri  dan bukannya hanya mengikut trend semasa. Beliau turut menjelaskan tentang aspek yang perlu diutamakan oleh seorang pereka untuk berjaya. Professor Taek Jin Nam juga telah dilantik  dengan kelulusan pihak senat UPM atas kepakaran beliau untuk menilai kurikulum Bachelor of Industrial Design,UPM.

Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) adalah merupakan program di bawah Jabatan Rekabentuk Perindustrian yang diterajui oleh Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah selaku Ketua Jabatan dan di bawah pengurusan Prof.Madya LAr.Dr.Suhardi Maulan selaku Dekan.

Bagi memastikan reka bentuk produk inovasi dan kreativiti pelajar dihasilkan sebaiknya,projek tahun akhir ini di bawah kordinasi dan seliaan bersama oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Ts. Dr. Rosalam Che Me, dan Dr. Sazrinee Zainal Abidin.

Di samping itu, setiap pelajar diselia secara khusus oleh beberapa penyelia yang terdiri daripada Prof. CIDe Ts Dr. Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman, YM Prof. Madya Dr. Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, Prof. Madya Ts. Dr. Nazlina Shaari, Prof. Madya Ts. Dr. Hassan Hj. Alli, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman,Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah, Ts. Dr. Velu A/L Perumal, Ts. Dr. Khairul Manami Kamarudin,  Ts. Shahrul Azman Shahbuddin, Dr. Mohd Faiz Yahaya, Dr.Siti Mastura Md. Ishak dan Encik Indastri Saion.

Date of Input: 04/09/2023 | Updated: 04/09/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbTAy~