Kemudahan | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» JABATAN » JABATAN SENIBINA LANDSKAP » Kemudahan

Kemudahan

Makmal Pengurusan dan Teknologi Landskap (MPTL)

 

 

 

MPTL adalah makmal pengajaran dan pembelajaran praktikal dalam melakukan kerja-kerja perlandskapan dan pengurusan landskap. Ia menjadi satu sumber pembelajaran penting kepada pelajar senibina landskap mempraktiskan kemahiran psikomotor mereka dengan teknologi semasa dalam aspek implimentasi, penyelenggaraan dan pengurusan landskap. MPTL dilengkapi dengan alatan, mesin dan jentera landskap terkini.

Waktu operasi adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Muhammad Azlan Abdullah
Jabatan Senibina Landskap,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM
Tel : 012 918 7127
Emel : azlanabdullah@upm.edu.my 

Peraturan Am Makmal Pengurusan dan Teknologi Landskap

  1. Semua pelajar / pengguna makmal mesti berpakaian yang bersesuaian dengan kerja-kerja amali / kursus.
  2. Dilarang merokok / makan dan minum di dalam makmal.
  3. Dilarang membuang sampah merata-rata di dalam makmal.
  4. Jangan membuat bising semasa kelas / kursus sedang berjalan.
  5. Pastikan bahan dan peralatan dibersihkan / kemas dan simpan selepas digunakan.
  6. Dilarang membawa keluar bahan dan peralatan kecuali dengan izin pegawai yang bertugas.
  7. Semasa menjalankan amali, para pelajar hendaklah mematuhi semua keselamatan dan peraturan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan.
  8. Keselamatan barang peribadi adalah atas tanggungjawab individu sendiri.
  9. Sekiranya berlaku kecemasan, segera laporkan kepada pegawai yang bertugas.

 

Makmal Perancangan dan Inovasi Landskap (MPIL)

MPIL adalah makmal pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi dalam menyediakan ruang dan kemudahan untuk aktiviti akademik khususnya untuk kursus-kursus perancangan dan reka bentuk serta inovasi landskap. Antaranya adalah studio reka bentuk, ruang / bilik perbincangan, ruang pameran reka bentuk serta kemudahan reka bentuk berbantu computer (CAD), Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam mengenengahkan inovasi perancangan dan reka bentuk landskap. Pelajar dapat menggunakan kemudahan-kemudahan ini secara terus dalam proses pembelajaran mereka.

Waktu operasi adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Pn. Iniyati Kadri  
Jabatan Senibina Landskap,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM
Tel : 603 9769 1428
Emel : iniyati@upm.edu.my 

Peraturan Am Makmal Perancangan dan Inovasi Landskap

  1. Semua pelajar / pengguna makmal mesti berpakaian yang bersesuaian dengan kerja-kerja amali / kursus.
  2. Dilarang merokok / makan dan minum di dalam makmal.
  3. Dilarang membuang sampah merata-rata di dalam makmal.
  4. Jangan membuat bising semasa kelas / kursus sedang berjalan.
  5. Pastikan bahan dan peralatan dibersihkan / kemas dan simpan selepas digunakan.
  6. Dilarang membawa keluar bahan dan peralatan kecuali dengan izin pegawai yang bertugas.
  7. Semasa menjalankan amali, para pelajar hendaklah mematuhi semua keselamatan dan peraturan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan.
  8. Keselamatan barang peribadi adalah atas tanggungjawab individu sendiri.
  9. Sekiranya berlaku kecemasan, segera laporkan kepada pegawai yang bertugas.

 

Bengkel Kejuruteraan dan Pembinaan Landskap (BKPL)


BKPL adalah ruang pengajaran dan pembelajaran dalam aspek-aspek pembinaan dan kejuruteraan landskap. Bengkel ini menyediakan keperluan, peralatan dan ruang  berkaitan bagi melakukan kerja-kerja kejuruteraan dan pembinaan landskap serta pengurusan projek pembinaan. BPKL juga berfungsi untuk mengembangkan penyelidikan dalam kejuruteraan dan pembinaan landskap. Walau bagaimanapun, bengkel ini masih di dalam proses pengubahsuaian.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Mohd Shukrey Ismail 
Jabatan Senibina Landskap,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM
Tel : 012 485 0647
Emel : shukrey@upm.edu.my

Kemaskini:: 19/01/2024 [azliana]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdQAE~