Pengenalan | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» JABATAN » JABATAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN » Pengenalan

Pengenalan

 

Mukadimah

Reka Bentuk Perindustrian adalah satu bidang yang mengetengahkan seni, reka bentuk dan sentuhan pengguna dalam proses kejuruteraan dan pembuatan. Ianya adalah satu proses merekabentuk sesuatu produk baharu hasil dari penyelesaian masalah kreatif dan penambahan penemuan teknologi untuk menjadikan produk lebih menarik, berfungi lebih baik, memudahkan penggunaannya dan meningkatkan kualiti alam sekitar dan ekosistem. Di Universiti Putra Malaysia, program Reka Bentuk Perindustrian diwujudkan dan ditawarkan bagi melahirkan Pereka Bentuk Perindustrian yang profesional, berilmu pengetahuan yang mendalam dalam reka bentuk, berkemahiran, berfikiran kritis dalam penyelesaian masalah reka bentuk, mempertingkatkan kreativiti dan berdaya inovatif serta, berkebolehan merancang dan mengurus projek reka bentuk perindustrian dengan efektif.

 

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengambilan pelajar-pelajar pertama bagi program bacelor ialah pada Semester Pertama Sesi 2002/2003. Sehingga kini, program ini telah melahirkan 370 graduan profesional yang memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang reka bentuk perindustrian khususnya, dan tenaga penting yang menyokong industri pembuatan secara amnya.

Graduan dari jabatan ini kebanyakkannya berkhidmat di dalam sektor awam dan swasta dengan pelbagai pengkhususan seperti tenaga kerja mahir terutamanya dalam reka bentuk konsep, kerja-kerja teknikal dan reka bentuk berbantu komputer (CAD), khidmat nasihat reka bentuk, pengurusan dan perundingan reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan reka bentuk, perniagaan dan keusahawanan, pendidikan dan sebagainya.

Antara program yang ditawarkan oleh jabatan ini ialah:

  1. Bachelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)
  2. Master Sains Kajian Reka Bentuk Integrasi: pengajian penyelidikan
  3. Master Reka Bentuk Inovasi : Kerja Kursus (akan ditawarkan pada semester 1 2018/2019)
  4. Doktor Falsafah (Reka Bentuk Perindustrian): pengajian penyelidikan

 

Program Pra-Siswazah

Program bacelor yang ditawarkan adalah program empat tahun yang memerlukan pelajar melengkapkan sekurang-kurangnya 121 jam pembelajaran. Program bacelor ini mempunyai pendekatan reka bentuk, kemahiran teknikal, media dan grafik yang seimbang. Pada semester ke-enam, pelajar dikehendaki melalui latihan industri dan didedahkan dengan dunia pekerjaan sebenar pereka bentuk perindustrian, dengan industri pembuatan yang dibahagi kepada empat kluster: produk, perabot, pengangkutan dan pembungkusan.

 

Program Siswazah

Bagi program master dan doktor falsafah, pelajar akan diselia oleh tenaga pakar dari jabatan yang khusus dalam Reka Bentuk Perindustrian dan juga Grafik & Multimedia. Pelajar akan diberi peluang meneroka dan membangun ilmu dan pengetahuan baharu berkaitan reka bentuk perindustrian sehingga mampu mengeluarkan penerbitan berimpak tinggi, paten reka bentuk perindustrian, produk yang berpotensi dikomersialkan dan peluang menyertai pertandingan rekabentuk diperingkat nasional juga antarabangsa.

 

(Disediakan oleh: Dr. Khairul Manami)

Kemaskini:: 29/09/2022 [uswahhasanah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDcSAV~