KEMUDAHAN | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» JABATAN » JABATAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN » KEMUDAHAN

KEMUDAHAN

Unit Fabrikasi Kayu

Unit Fabrikasi Kayu adalah kemudahan digunakan oleh Pelajar Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) dalam melaksanakan tugasan produk. Di antara peralatan/mesin yang disediakan adalah seperti Band Saw, Table Saw, Disc Sander dan sebagainya.

Waktu operasi Unit Fabrikasi Kayu adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Zulkifli Md Zain (Penolong Jurutera) di talian 017-9050 778 atau email zulmdzain@upm.edu.my 

 

Unit Fabrikasi Logam

Unit Fabrikasi Logam adalah kemudahan digunakan oleh Pelajar Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) dalam melaksanakan tugasan produk berasaskan besi/logam. Di antara peralatan/mesin yang disediakan adalah seperti MIG Portable, Mild Steel Plate Cutter, Sport Welding dan sebagainya.

Waktu operasi Unit Fabrikasi Logam adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Mohd Saufi Mohammad (Penolong Jurutera) di talian 019-395 1730 atau email mhd_saufi@upm.edu.my 

 

Unit Fabrikasi CAID

Unit Fabrikasi CAID adalah kemudahan digunakan oleh Pelajar Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) dalam melaksanakan tugasan produk yang menggunakan peralatan/mesin Vacuum Forming, Vacuum Casting, Fused Deposition Modeling (FDM) dan sebagainya.

Waktu operasi Unit Fabrikasi CAID adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Fadhilah Ahmad (Penolong Jurutera) di talian 012-379 5461 atau email fadhilah_a@upm.edu.my

 

Galeri Industri

Jabatan menyediakan ruang Galeri Industri adalah bertujuan untuk menyimpan/mempamer hasil produk pelajar yang telah didaftarkan reka bentuk (ID) serta memberi pengiktirafan kepada pelajar, khususnya pelajar tahun akhir bagi mempamerkan produk mereka selepas menganjurkan program SEEDS.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Nordin Mohamed Nor (Penolong Jurutera) di talian 019-205 4440 atau email nord@upm.edu.my

 

Studio Pengajaran

4 unit Studio Pengajaran disediakan kepada pelajar sebagai ruang menambahbaik/kemasan akhir tugasan dan produk. Waktu beroperasi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai berikut;

Studio Tahun 1: Encik Zulkifli Md Zain (Penolong Jurutera) di talian 017-9050 778 atau email zulmdzain@upm.edu.my 

Studio Tahun 2: Encik Mohd Saufi Mohammad (Penolong Jurutera) di talian 019-395 1730 atau email mhd_saufi@upm.edu.my 

Studio Tahun 3: Encik Nordin Mohamed Nor (Penolong Jurutera) di talian 019-205 4440 atau email nord@upm.edu.my

Studio Tahun 4: Puan Fadhilah Ahmad (Penolong Jurutera) di talian 012-379 5461 atau email fadhilah_a@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 21/09/2017 [azmanmohd]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
B1566246881