World Bicycle Day-Ride With A Champion | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ACTIVITIES » Facilities for a Home Away from Home

Event Title
World Bicycle Day-Ride with A Champion
Date
16 Jun 2025 - 16 Jul 2025
Time
10.00 - 12.00
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
SERDANG, 16 Jun – Malaysia perlu memperbanyakkan penyediaan laluan basikal sebagai langkah ke arah menjadikan budaya berbasikal satu amalan harian yang menyumbang kepada kesihatan, kelestarian alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup rakyat. Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof berkata negara ini mempunyai potensi untuk mencontohi kejayaan Poland dalam membudayakan penggunaan basikal, sekiranya infrastruktur dan dasar yang menyokong disediakan dengan lebih menyeluruh. “Malaysia wajar mengambil inspirasi daripada Poland dalam memperluas jaringan infrastruktur dan dasar yang menyokong penggunaan basikal bukan sahaja untuk tujuan rekreasi, tetapi juga sebagai mod pengangkutan harian yang lebih mampan, mampu milik dan mesra alam,” katanya sempena sambutan Hari Basikal Sedunia di Galeri Serdang, FRSB UPM , hari ini. Sambutan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Poland di Kuala Lumpur dan menampilkan kehadiran istimewa Prof. Leszek J. Sibilski, tokoh yang mengilhamkan Hari Basikal Sedunia yang telah diiktiraf sebagai resolusi rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 2018.

Updated:: 11/07/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (02:23:46am-02:28:46am, 09 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]