SUNWAY UNIVERSITI | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ACTIVITIES » VPM3301 Veterinary Bacteriology And Mycology I Learning Outcome Characteristic Growth And Cultivatio

Event Title
SUNWAY UNIVERSITI
Date
19 May 2025 - 19 May 2025
Time
08.00 - 02.00
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
SUNWAY UNIVERSITI, 9 Mei 2025 - Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM telah menerima jemputan rasmi untuk menghadiri program Synthesis, ASEAN - China Design Convergence yang dianjurkan oleh Design Asia Collective, Asia Design Week serta Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia bertempat di . Program ini bertujuan mencabar norma tradisi kreatif serta memperkenalkan idea-idea baharu yang berani, inovatif dan mampu mengubah landskap rekabentuk di peringkat serantau. Sepanjang program, para peserta berpeluang menyertai syarahan dan forum yang menampilkan perkongsian hasil kerja serta pengalaman projek kreatif oleh pereka dari negara-negara ASEAN dan China. Selain itu, turut berlangsung pameran rekabentuk merangkumi pelbagai bidang seperti rekabentuk produk, grafik, spatial, digital immersive dan animasi serta fesyen. Majlis turut diserikan dengan ucapan rasmi oleh Pengarah Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Presiden Asia Design Collective dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Design Week. Kehadiran Pengarah MRM sebagai jemputan kehormat menyerlahkan lagi kepentingan program ini dalam merapatkan hubungan kerjasama serantau. Lawatan ini telah membuka peluang penting untuk Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM dalam memperluas jaringan profesional dengan individu utama dalam komuniti rekabentuk ASEAN dan China. Ia juga menjadi langkah strategik dalam mengukuhkan hubungan serantau khususnya bagi pembangunan kerjasama akademik dan industri di rantau gugusan timur.

Updated:: 23/05/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (09:18:45am-09:23:45am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]