Program Jiwa Putra @ FRSB | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ACTIVITIES » test

Event Title
Program Jiwa Putra @ FRSB
Date
26 Oct 2025 - 26 Oct 2025
Time
09.00 - 04.00
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
Serdang – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Jiwa Putra @ FRSB pada 26 Oktober 2025 bertempat di kawasan Dusun FRSB. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini disertai oleh pelajar Tahun 1 sesi kemasukan 2025/2026 bersama staf fakulti. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama berpasukan serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar selaras dengan konsep “Persekitaran Lestari Pembelajaran Kondusif”. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja landskap seperti membaja pokok, menanam pokok baharu dan membersihkan kawasan dusun bagi mewujudkan persekitaran hijau dan kondusif. Taklimat aktiviti telah disampaikan oleh Ts. Asmadi Sarun, diikuti pelaksanaan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing dengan bimbingan staf sokongan fakulti. Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi dengan sesi bergambar sebagai penutup. FRSB merakamkan penghargaan kepada semua pelajar dan staf yang terlibat dalam menjayakan program ini sebagai usaha menyemai nilai “Berilmu Berbakti” serta menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 15: Life on Land).

Updated:: 29/10/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (10:53:11pm-10:58:11pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]