Event Title
MAJLIS SERAHAN HADIAH PENAJAAN ERATKAN JALINAN FRSB-UPM DAN COOP KILIM
Date
16 Apr 2025 - 16 May 2025
Event Summary
MAJLIS SERAHAN HADIAH PENAJAAN ERATKAN JALINAN FRSB-UPM DAN COOP KILIM
Serdang, 16 April 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan hormat daripada sebelas (11) orang Ahli Pengurusan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad (Coop Kilim) yang diketuai oleh Pengerusinya, Tuan Ahmad Nizar Hanapiah dalam satu majlis rasmi penyerahan hadiah penajaan kecemerlangan pelajar FRSB.
Kehadiran rombongan Coop Kilim bertujuan untuk memperkukuh jaringan strategik yang telah sedia terjalin antara FRSB dan koperasi berkenaan mulai tahun 2020 melalui projek pelajar Jabatan Seni Bina Landskap bawah seliaan LAr. Mohd Nazri Saidon. Majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Dekan FRSB, Prof. Madya Ts. Gs Dr. Mohd Johari Mohd Yusof mengenai peranan UPM dan FRSB dalam bidang akademik serta peluang-peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama.
Antara agenda utama majlis ialah penyerahan sumbangan Hadiah Kecemerlangan Akademik sebanyak RM5,000.00 oleh Coop Kilim kepada pelajar Jabatan Seni Bina Landskap. Sumbangan ini akan diberikan sepanjang tempoh lima tahun kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik.
Rombongan turut dibawa melawat ke galeri Jabatan Seni Bina Landskap oleh Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abdul Shukor untuk melihat sendiri hasil kerja kreatif dan inovatif para pelajar.
Kerjasama ini dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu memperkasa hubungan akademik dan komuniti, serta menyokong aspirasi kecemerlangan pelajar. Diharapkan jalinan erat ini dapat diteruskan demi manfaat kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Updated:: 19/05/2025 [marini]