Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar FRSB 2025 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ACTIVITIES » 2016

Event Title
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar FRSB 2025
Date
28 Nov 2025 - 28 Nov 2025
Time
09.00 - 11.00
Location
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Event Summary
SERDANG, 28 November 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia hari ini menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar FRSB 2025 yang berlangsung di Dewan Reka Bentuk, FRSB bermula jam 8.30 pagi. Majlis bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang para pelajar dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum di sepanjang tahun pengajian. Penganjuran ini turut menjadi platform untuk meraikan usaha, dedikasi serta komitmen pelajar dalam memperkukuh kecemerlangan fakulti. Majlis yang dihadiri penerima hadiah, barisan penaja yang memberi sumbangan dan warga FRSB diserikan dengan 3 persembahan menarik daripada pelajar dan pensyarah. Pihak fakulti menzahirkan harapan agar penghargaan ini menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Updated:: 02/12/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
S, (01:42:40am-01:47:40am, 12 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]