Event Title
MAJLIS APRESIASI GRADUAN SISWAZAH 2025
Date
28 Nov 2025 - 28 Nov 2025
Location
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Event Summary
MAJLIS APRESIASI GRADUAN SISWAZAH 2025
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia
28 November 2025 (Jumaat), Dewan Reka Bentuk, FRSB
Majlis Apresiasi Graduan Siswazah 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 November 2025 di Dewan Reka Bentuk, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan para graduan pascasiswazah FRSB yang telah menamatkan pengajian mereka dalam program masing-masing bersempena Majlis Konvokesyen UPM Kali ke-49.
Majlis ini merupakan acara tahunan fakulti bagi menghargai usaha, komitmen dan kecemerlangan pelajar pascasiswazah, merangkumi program Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Tahun ini, majlis diteruskan dengan pengisian yang lebih bermakna melalui beberapa acara utama.
Hooding Ceremony Graduan PhD
Salah satu acara istimewa dalam majlis ini ialah Hooding Ceremony yang diadakan khas untuk para graduan PhD. Hooding Ceremony merupakan tradisi akademik yang melambangkan pengiktirafan rasmi kepada graduan doktor falsafah, di mana penyelia atau wakil akademik akan memakaikan hood (selendang akademik) kepada graduan sebagai simbol pencapaian tertinggi dalam pengajian akademik. Upacara ini menzahirkan penghormatan fakulti terhadap perjalanan ilmu, penyelidikan dan sumbangan akademik para graduan PhD.
Penghargaan Pelajar Terbaik Program
Selain Hooding Ceremony, majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada para pelajar terbaik bagi setiap program pascasiswazah di FRSB. Anugerah ini diberikan bagi meraikan pencapaian akademik cemerlang dan dedikasi berterusan para pelajar dalam bidang masing-masing. Pengiktirafan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar baharu dan akan datang untuk terus cemerlang dalam penyelidikan dan pengajian mereka.

Updated:: 02/12/2025 [uswahhasanah]