Kursus Ergonomik Di Tempat Kerja | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ACTIVITIES » Literature Search Service

Event Title
Kursus Ergonomik di Tempat Kerja
Date
28 Aug 2025 - 28 Aug 2025
Time
01.00 - 07.30
Location
BILIK KULIAH 2
Event Summary
Serdang, 28 Ogos 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Kursus Ergonomik di Tempat Kerja yang berlangsung di Bilik Kuliah 2, FRSB bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kursus ini telah menampilkan Ts. Dr. Velu Perumal selaku penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang ergonomik dan keselamatan pekerjaan. Dalam sesi perkongsian ini, beliau telah membincangkan secara terperinci mengenai konsep ergonomik serta kepentingannya dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa, selamat dan produktif. Antara topik utama yang diketengahkan termasuklah postur kerja yang betul, susun atur ruang kerja, pengurusan masa rehat, serta langkah pencegahan risiko kecederaan muskuloskeletal. Penekanan turut diberikan kepada amalan harian yang boleh diaplikasikan oleh warga kerja bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan fizikal semasa bertugas. Program yang dianjurkan oleh Unit Latihan FRSB ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada warga fakulti. Penyertaan para staf dalam kursus ini diharapkan dapat memperkasakan pengetahuan mereka dalam aspek ergonomik serta memberi impak positif terhadap kualiti kerja seharian. FRSB komited untuk terus menyediakan program pembangunan dan latihan yang bermanfaat bagi meningkatkan tahap profesionalisme, kesejahteraan dan kecemerlangan dalam kalangan warga universiti.

Updated:: 01/10/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
S, (11:11:51am-11:16:51am, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]